Sunday, 28 September, 2025
HomeRakyatKERAJAAN NEGERI SASAR BINA 300 BUAH RUMAH MESRA RAKYAT

KERAJAAN NEGERI SASAR BINA 300 BUAH RUMAH MESRA RAKYAT

Sembilan buah keluarga akhirnya menerima kunci rumah pertama milik mereka dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Gimik penyerahan kunci disempurnakan oleh YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis kepada semua penerima pada 28 Mei 2025, Rabu di Sungai Baru, Sanglang.

Menurutnya, program rumah mesra rakyat ini terbuka kepada semua rakyat Perlis yang mempunyai tanah bergeran atau tanah yang diberi kebenaran untuk didiami.

“Tempoh pembinaan RMR ini hanya mengambil masa sekitar tiga bulan sahaja,” ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri akan terus memberi sokongan kepada pelaksanaan program yang memanfaatkan rakyat.

Dalam pada itu, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Asrul Aimran Abd Jalil berkata kerajaan negeri menyasarkan pembinaan 300 buah rumah mesra rakyat menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Kita harap rakyat yang berkeperluan dan mempunyai tanah akan segera membuat permohonan mendapatkan rumah ini,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan boleh terus ke Syarikat Perumahan Negara Berhad di Behor Pulai atau terus ke Pusat Khidmat ADUN masing-masing.

Pemilik RMR yang diuruskan oleh SPNB ini hanya perlu membayar RM300 sebulan selama 16 tahun selepas rumah siap dibina.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments