“Dalam Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMK) hari ini kita meluluskan permohonan 113 lagi tanah TOL kepada hak milik bergeran”
Demikian ujar YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli dalam sidang media yang diadakan selepas Mesyuarat AMMK di Kompleks Dewan Undangan Negeri, kelmarin.
Kelulusan tersebut menjadikan lot tanah berstatus Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bertukar menjadi status hak milik bergeran.
Menurutnya lagi, ketika awal menerajui kerajaan negeri, permohonan yang sedang dalam proses berjumlah 20,000.
“Permohonan masih dibuka dan ada yang masih dalam proses kelulusan”
Katanya, tanah yang diluluskan melibatkan seluruh kawasan di Perlis dari Sanglang hingga ke Titi Tinggi.
“Insya-Allah kita akan bagi lagi, tanah ini telah diusahakan sejak dahulu oleh generasi sebelum ini,” tambah beliau.
SAYA MEMOHON TANAH LOT BERGERAN.