Wednesday, 11 February, 2026
HomeBelanjawan 2026 : PBRSTAWAR RM10,000 KEPADA ATLET, SASAR 20 EMAS SUKMA 2026

TAWAR RM10,000 KEPADA ATLET, SASAR 20 EMAS SUKMA 2026

Program pembangunan atlet bagi tahun 2026 disasarkan untuk mencapai 20 pingat emas di Temasya SUKMA Ke-22 Selangor melalui Projek 8:20, yang memberi tumpuan kepada kira-kira 40 atlet prospek emas dari segi kebajikan, latihan dan penyertaan kejohanan dalam dan luar negara.

Berdasarkan rekod, kontinjen Perlis telah meraih 12 pingat emas sebanyak tiga kali sebelum ini.

Sebagai galakan, kerajaan menawarkan insentif RM10,000 bagi setiap pemenang pingat emas individu sekiranya sasaran 20 pingat emas dicapai, selari dengan usaha memacu kejayaan kontinjen negeri serta membina generasi yang siap sedia, aktif dan berilmu melalui inisiatif kesihatan dan latihan fizikal yang menyeluruh.

Inisiatif ini bertujuan menjadikan Perlis lebih kompetitif dari segi sukan dan seimbang dari segi pembangunan modal insan.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM3.5 juta bagi naik taraf infrastruktur sukan termasuk dewan skuasy, gelanggang merejam lembing, futsal, boling padang, badminton, dewan serbaguna dan padang bola sepak Kampung Simpang Sanglang, manakala RM161,000 diperuntukkan untuk perolehan peralatan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis ketika membentangkan Ucapan Belanjawan 2026 dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Kelima Belas, di Kompleks Seri Putra, 9 Disember lalu.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments