Wednesday, 11 February, 2026
HomeBelanjawan 2026 : PBRSRM1.84 JUTA UNTUK BINA KREMATORIUM, BUKTI KOMITMEN KEBAJIKAN MENYELURUH

RM1.84 JUTA UNTUK BINA KREMATORIUM, BUKTI KOMITMEN KEBAJIKAN MENYELURUH

Kerajaan Negeri Perlis menegaskan iltizam untuk memperkukuh agenda kebajikan sejagat apabila memperuntukkan RM1.84 juta bagi Projek Pembinaan Krematorium untuk kegunaan rakyat bukan Islam di negeri ini.

Projek berkenaan telah mula dibina pada 23 Oktober 2025 dan dijangka siap pada 17 Disember 2026, sekali gus menandakan kesungguhan kerajaan negeri menyediakan kemudahan yang inklusif serta memenuhi keperluan masyarakat berbilang agama.

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli berkata, pelaksanaan krematorium ini adalah langkah penting untuk memastikan semua rakyat menerima akses prasarana yang teratur, bermaruah dan selesa dalam menguruskan hal ehwal akhir hayat.

Selain itu, kemudahan baharu ini dijangka meningkatkan keberkesanan penyediaan perkhidmatan kepada komuniti bukan Islam dengan menyediakan ruang yang lebih tersusun, kondusif dan selamat selaras dengan hasrat kerajaan negeri mengangkat nilai kesejahteraan menyeluruh.

Dengan pelaksanaan inisiatif ini, Perlis sekali lagi menunjukkan komitmen untuk membina negeri yang harmoni, saling menghormati dan berteraskan prinsip kebajikan untuk semua.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments