Wednesday, 11 February, 2026
HomeBelanjawan 2026 : PBRSSKIM KAFALAH DITERUSKAN DENGAN PERUNTUKAN RM500 RIBU

SKIM KAFALAH DITERUSKAN DENGAN PERUNTUKAN RM500 RIBU

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM500,000 dalam Belanjawan 2026 bagi memastikan Skim Kafalah dapat terus membantu keluarga yang berdepan kehilangan insan tersayang.

Melalui skim ini, setiap waris tanpa mengira kaum dan agama akan menerima bantuan RM500 bagi meringankan kos pengurusan jenazah dan sokongan awal ketika melalui detik sukar.

YAB Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli menegaskan bahawa Skim Kafalah Perlis merupakan simbol komitmen kerajaan untuk hadir bersama rakyat dalam setiap situasi mendesak.

“Kita tidak mahu ada keluarga yang menanggung beban sendirian ketika waktu paling mencabar,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan 2026 dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Kelima Belas di Kompleks Seri Putra, Kangar pada 9 Disember lalu.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments