Wednesday, 11 February, 2026
HomeBelanjawan 2026 : PBRSRM 7.34 JUTA UNTUK INFRASTRUKTUR AWAM DESA, PERKUKUH PRASANA KAMPUNG

RM 7.34 JUTA UNTUK INFRASTRUKTUR AWAM DESA, PERKUKUH PRASANA KAMPUNG

Pada September 2025, kerajaan memperuntukkan RM3.75 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara 75 jalan kampung, yang kini hampir siap dan dijangka meningkatkan akses serta keselesaan penduduk.

Usaha ini diperkukuh lagi apabila Kerajaan Negeri menyalurkan RM7.34 juta bagi Program Infrastruktur Awam Desa tahun 2026, memastikan rangkaian jalan kampung dan kemudahan asas terus dipelihara secara berterusan.

Selain itu, sebanyak RM4.4 juta diperuntukkan untuk membina baharu dan menaik taraf infrastruktur desa seperti jalan kampung, kemudahan komuniti serta prasarana asas yang penting bagi kelangsungan hidup rakyat di peringkat akar umbi.

Untuk meningkatkan keselamatan kawasan kampung, Program Nur Perlisku Lestari turut dilaksanakan dengan peruntukan RM300,000 bagi pemasangan lampu solar di jalan-jalan kampung seluruh negeri.

Melalui Belanjawan 2025, kerajaan meluluskan RM510,000 untuk pembinaan enam unit rumah bantuan bagi rakyat miskin dan asnaf.

Mulai tahun tersebut, skop bantuan dipertingkat kepada tiga bilik dan siling kos dinaikkan kepada RM85,000 setiap unit.

Komitmen ini diteruskan pada 2026 menerusi RM850,000 untuk pembinaan 10 unit rumah baharu, selain RM300,000 untuk membaik pulih rumah rosak.

Di samping itu, kerajaan turut menyalurkan RM900,000 bagi menyelesaikan isu-isu kecil di peringkat kampung secara cepat, termasuk pembaikan infrastruktur asas, pembekalan batu dan tanah serta pemasangan cermin cembung di persimpangan.

Secara keseluruhan, langkah ini menggambarkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh infrastruktur desa, memastikan kemudahan rakyat sentiasa berdaya tahan, selamat dan sejahtera.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments