Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Ramli mengumumkan rebat 10m³ air pada bulan Disember bagi memudahkan urusan rakyat yang ditimpa bencana banjir.
“Untuk mangsa banjir dan seluruh rakyat Perlis, kita bagi rebat 10m³ air untuk bulan 12”, katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Kelima Belas, hari ini di Kompleks Seri Putra, Kangar.
“Insya-Allah 10m³ ini saya anggar mencukupi untuk mencuci rumah dan keperluan lain,” ujarnya lagi.
