Wednesday, 11 February, 2026
HomeBelanjawan 2026 : PBRSBELANJAWAN 2026 : FOKUS PERKASA KEBAJIKAN & MEMBINA INTEGRITI

BELANJAWAN 2026 : FOKUS PERKASA KEBAJIKAN & MEMBINA INTEGRITI

Perlis terus memperkukuh agenda kesejahteraan rakyat melalui Tekad 3, Perlisku Bestari Berkebajikan, yang menjadi antara teras penting Belanjawan 2026.

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli membentangkan perkara tersebut di dalam Ucapan Belanjawan 2026 dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Kelima Belas Dewan Undangan Negeri pada 9 Disember 2025 yang lalu.

Di bawah Inisiatif 9: Perlis Berkebajikan, Diberkati dan Dirahmati, Kerajaan Negeri memperluas rangka kebajikan secara lebih tersusun dan bersasar, memberi penekanan kepada kelompok rentan agar setiap lapisan masyarakat menerima manfaat pembangunan secara adil dan inklusif.

Tumpuan terhadap modal insan diterjemahkan melalui Inisiatif 10: Membina Insan Berilmu, Berakhlak dan Berintegriti, yang memfokuskan pembinaan generasi berpengetahuan dan berakhlak tinggi.

Usaha kesejahteraan turut diperkukuh melalui Inisiatif 11: Cergas Bersama Cerdas Selamanya, yang menggalakkan budaya hidup sihat, penglibatan komuniti dan pembangunan kemudahan sukan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat secara menyeluruh.

Melengkapkan keseluruhan kerangka ialah Inisiatif 12; Penjawat Awam, yang menekankan peningkatan kompetensi dan integriti perkhidmatan awam.

Penstrukturan semula gaji penjawat awam melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 akan berkuat kuasa Januari 2026.

Penstrukturan semula gaji tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak 3.28 juta ringgit.

Bagi terus menghargai jasa dan pengorbanan semua penjawat awam, Kerajaan Negeri bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.

Kerajaan Negeri melihat penjawat awam sebagai penggerak utama penyampaian dasar, justeru pembangunan kapasiti mereka menjadi keutamaan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments