Wednesday, 11 February, 2026
HomeBelanjawan 2026 : PBRSBUKTI TADBIR URUS CEKAP, PERLIS SASAR REKOD 'SURPLUS' DALAM BELANJAWAN 2027

BUKTI TADBIR URUS CEKAP, PERLIS SASAR REKOD ‘SURPLUS’ DALAM BELANJAWAN 2027

Kerajaan Negeri Perlis terus menunjukkan prestasi kukuh apabila berjaya meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kepada RM6.5 bilion pada 2024, di samping menurunkan defisit negeri secara konsisten hingga mencapai RM26.83 juta pada 2026, iaitu yang terendah dalam tempoh lima tahun.

Ketika membahaskan Belanjawan Perlis 2026 di Dewan Undangan Negeri semalam, Haziq Asyraf Dun, ADUN Beseri menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti kecekapan pentadbiran negeri di bawah Perikatan Nasional, yang menurutnya berjaya mengawal perbelanjaan, memperkukuh hasil serta memastikan manfaat terus sampai kepada rakyat.

Beliau optimis momentum tersebut diteruskan sehingga Belanjawan 2027 mampu mencatat sejarah dengan lebihan buat pertama kali dan mengajak seluruh pihak menyumbang ke arah rekod ‘surplus’ itu.

Beliau juga turut memberi penekanan terhadap pemeliharaan alam sekitar sebagai nadi pembangunan masa depan Perlis, memuji kekayaan biodiversiti negeri dan menyokong peruntukan kepada tapak ekopelancongan seperti Rimba Herba dan Gua Kelam.

Beliau turut mencadangkan pembangunan Denai Warisan sebagai produk baharu tanpa menjejaskan identiti alam semula jadi.

Beliau juga menzahirkan keyakinan terhadap potensi besar sektor ekopelancongan yang mencatat lonjakan ketara daripada 210,000 pelancong pada 2021 kepada 651,000 pada 2024 dengan hasil mencecah RM1.3 juta, sekali gus menjadi pemangkin ekonomi negeri.

Selain itu, Haziq Asyraf turut menyokong inisiatif pemerkasaan industri jati Perlis yang disifatkan berkualiti tinggi, sambil mencadangkan usaha membuka kilang pemprosesan kecil dan penyediaan kursus pertukangan jati untuk belia bagi memperkukuh rantaian nilai tempatan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments