Monday, 19 January, 2026
HomeKomunitiPEDULI & BERKHIDMAT: YB PERKUKUH HUBUNGAN RAKYAT MELALUI PROGRAM GOTONG-ROYONG

PEDULI & BERKHIDMAT: YB PERKUKUH HUBUNGAN RAKYAT MELALUI PROGRAM GOTONG-ROYONG

Semangat kebersamaan terus menyerlah melalui dua program gotong-royong melibatkan komuniti di Kampung Abi Selatan dan Kampung Che Ok, Tambun Tulang.

Kedua-dua program ini bukan sahaja memperlihatkan komitmen penduduk setempat, tetapi turut menzahirkan keprihatinan kepimpinan YB yang sentiasa menekankan nilai peduli, perpaduan dan budaya saling membantu dalam masyarakat.

Pada pagi kelmarin, Program Gotong-Royong di Tanah Perkuburan Tanjung Sila, Abi telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Ahli Majlis DUN Bintong, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Kampung Abi Selatan.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, YB Fakhrul Anwar Ismail, wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) yang berganding bahu membersihkan kawasan perkuburan demi keselesaan komuniti.

Keprihatinan dan kerjasama yang dipamerkan mencerminkan kekuatan komuniti apabila semua pihak bersatu demi kebaikan bersama.

Sementara itu, YB Ustaz Mohd Ridzuan Hashim turut hadir ke Program Gotong-Royong Perdana di Kampung Che Ok, Tambun Tulang.

Gotong-royong kali ini memberi tumpuan kepada rumah seorang asnaf, Puan Rogayah, sebagai usaha membantu meringankan beban beliau.

Ahli Majlis Perbandaran Kangar, Mohd Fuad bin Hashim, turut menyerahkan beberapa mesin rumput kepada wakil kawasan bagi memperkasa aktiviti gotong-royong di peringkat kampung.

Meskipun hujan turun, MPK, MPKK serta komuniti kampung tetap menunjukkan komitmen yang tinggi, membuktikan bahawa semangat prihatin dan perpaduan masih utuh dalam masyarakat.

Penglibatan aktif YB dalam kedua-dua program ini menyerlahkan mesej penting bahawa pembangunan masyarakat bukan sahaja bergantung pada dasar dan kemudahan fizikal, tetapi turut bertunjangkan kekuatan hubungan sosial.

Kepimpinan YB yang mengutamakan pendekatan turun padang, menyantuni rakyat dan menggerakkan aktiviti kemasyarakatan menjadi bukti bahawa semangat komuniti yang peduli adalah asas perpaduan dan kesejahteraan negeri.

Semoga usaha murni dan budaya gotong-royong ini terus subur, menjadi amal jariah dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh penduduk dan rakyat negeri Perlis.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments