Wednesday, 11 February, 2026
HomeKomunitiPROGRAM WALKABOUT SANTAI HEALING@DATARAN SENA SEMARAK EKONOMI TEMPATAN

PROGRAM WALKABOUT SANTAI HEALING@DATARAN SENA SEMARAK EKONOMI TEMPATAN

Program Walkabout Santai Healing@Dataran Sena bersama YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, menjadi platform santai yang menggabungkan kepimpinan bersama rakyat, keusahawanan dan riadah komuniti di tengah bandar Kangar.

Hasrat utama penganjur, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), adalah untuk menghidupkan semula Dataran Sena sebagai pusat aktiviti hujung minggu yang berteraskan penjanaan ekonomi oleh usahawan tempatan.

Program ini dijadualkan berlangsung secara berterusan pada setiap Jumaat hingga Ahad, bermula jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Melalui program ini, kerajaan negeri bukan sahaja dapat meninjau lebih dekat usaha PKENPs, malah dapat mengeratkan hubungan pemimpin dengan komuniti setempat menerusi pendekatan santai dan mesra rakyat.

Pada masa yang sama, ia memberi ruang kepada usahawan tempatan menerusi platform niaga seperti food truck dan car boot sales.

Edisi minggu ini menyaksikan seramai 11 orang usahawan food truck daripada 16 yang berdaftar, masing-masing menjual pelbagai pilihan makanan menarik, manakala 22 unit car boot sales memeriahkan suasana dengan pelbagai barangan niaga lain.

Tambahan itu, kehadiran YAB Menteri Besar Perlis bersama barisan kepimpinan negeri lain yang hadir turut memberi suntikan semangat kepada para usahawan untuk terus maju.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah EXCO Kerajaan Tempatan, Ustaz Asrul Imran, Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Datin Marzita Mansor, serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar dan CEO Perbadanan Menteri Besar Perlis.

Dalam sesi ramah mesra, YAB Menteri Besar turut menyantuni peniaga dengan mengedarkan Jalur Gemilang dan bendera Perlis untuk dipasang pada kenderaan dan food truck, sebagai simbol kebersamaan sempena bulan kemerdekaan.

Program ini dijangka akan terus menjadi tarikan hujung minggu yang meriah dan inklusif, menjadikan Dataran Sena sebagai ruang rekreasi, keusahawanan dan interaksi komuniti yang segar di negeri Perlis.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments