Monday, 19 January, 2026
HomeKomunitiKEMUDAHAN DEWAN ORANG RAMAI UNTUK KEGUNAAN BERSAMA - MB PERLIS

KEMUDAHAN DEWAN ORANG RAMAI UNTUK KEGUNAAN BERSAMA – MB PERLIS

“Soal pihak kerajaan (negeri) nak merampas kembali dewan-dewan tidak pernah berlaku,” ujar YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis dalam satu hantaran di Facebook rasmi milik beliau.

Menurutnya, beliau mendapat satu rakaman video baru-baru ini yang mengatakan kerajaan negeri hari ini zalim.

Hal ini hanya semata merujuk kepada perbuatan merampas dewan-dewan komuniti yang dibina sejak zaman kerajaan sebelum ini memerintah.

Dalam video yang disertakan dalam hantaran tersebut, Mohd Shukri berkata tanpa mengira mana-mana parti, semua pihak tidak disekat menggunakan kemudahan dewan yang diselenggara oleh kerajaan negeri.

“Kalau UMNO nak guna dewan boleh, nak gantung bendera, lepas guna dewan buang (buka) semula, kemudian bayar duit api (elektrik),” ujarnya dalam video tersebut.

“Sekurang-kurangnya depa tengok kita ni tak sama macam UMNO dulu,” tambah beliau.

Katanya, semua tanpa mengira parti dan bangsa adalah rakyat Perlis, tidak boleh berlaku dwistandard dalam layanan sebagai kerajaan.

Walaupun ada dewan yang dipegang terus oleh orang UMNO tanpa memulangkan semula dewan tersebut kepada kerajaan negeri, beliau berharap agar dewan yang masih terletak di atas tanah kerajaan negeri untuk diguna secara bersama dan bertanggungjawab.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments