Saturday, 14 February, 2026
HomePelanconganINISIATIF CAJ RM2 PELANCONG KE THAILAND UNTUK TINGKATKAN SEKTOR PELANCONGAN

INISIATIF CAJ RM2 PELANCONG KE THAILAND UNTUK TINGKATKAN SEKTOR PELANCONGAN

Kerajaan Negeri Perlis bercadang mengenakan caj RM2 ke atas setiap pelancong yang keluar ke Thailand melalui pintu sempadan Padang Besar dan Wang Kelian, sebagai inisiatif meningkatkan hasil negeri menerusi sektor pelancongan.

Menurut cadangan itu, jumlah kutipan boleh digunakan untuk menyelenggara kemudahan awam serta menampung kos pembangunan yang semakin meningkat.

Caj ini akan dikenakan kepada semua pelancong tanpa mengira warganegara.

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, Perlis mampu menjana jutaan ringgit setiap tahun memandangkan purata pelancong memasuki Thailand melalui kedua-dua pintu masuk itu mencecah antara 30,000 hingga 50,000 orang setiap minggu, khususnya ketika musim cuti persekolahan.

Beliau berkata, langkah itu tidak membebankan kerana kadar caj yang rendah, malah lebih murah berbanding caj sama yang dikenakan oleh negara jiran lain seperti Singapura.

Tambahnya, perbelanjaan rakyat Malaysia di Thailand amat besar, dianggarkan melebihi RM4 bilion setahun, justeru kerajaan negeri mahu memanfaatkan aliran keluar itu dengan pulangan yang munasabah untuk pembangunan tempatan.

Walau bagaimanapun, cadangan itu hanya akan dapat dilaksanakan setelah mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan kerana ia membabitkan polisi melibatkan pintu sempadan antarabangsa.

Mohd Shukri turut menegaskan, hasil daripada caj berkenaan mampu digunakan untuk memperkukuh sektor pelancongan, memperbaiki infrastruktur, serta mengurangkan beban kewangan negeri dalam menyediakan kemudahan rakyat.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments