Wednesday, 11 February, 2026
HomeKebajikanKEBAJIKAN DAN KEBERKATAN JADI KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI

KEBAJIKAN DAN KEBERKATAN JADI KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli menyatakan kebajikan kepada rakyat sentiasa menjadi keutamaan kepada dirinya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Pelancaran Skim Kafalah Perlis, di Dewan Residensi Kediaman Rasmi Menteri Besar, Kangar, pada Isnin, 22 September lalu.

Setiausaha Akhbar Kepada YAB Menteri Besar, Mohamad Azreen Jumri dalam media sosial beliau mengulas secara peribadi mengenai Kerajaan Perikatan Nasional yang mentadbir Negeri Perlis sejak tahun pertama berterusan melaksanakan pelbagai pendekatan dan inisiatif berterusan untuk rakyat.

“Walaupun nampak kecil, tetapi impak besar untuk kelangsungan kehidupan,” ujarnya.

“Tahun pertama kita mulakan dengan pengharaman judi. Apa yang kerajaan nampak bukan hanya benda haram yang kita buang tetapi keberkatan hidup sesebuah institusi kekeluargaan. Bila seseorang bebas judi yang untungnya keluarga mereka. Hidup lebih aman dan selamat. Bebas dari taik judi dalam kalangan ahli keluarga mereka,” katanya.

Dalam tahun kedua, kerajaan negeri mula mempergiat Kempen Jom Solat dan Kempen Jom Baca Quran yang mampu memberi impak besar kepada majoriti rakyat Perlis seterusnya meninggalkan kesan positif kepada golongan minoriti, bukan Muslim di sini.

“Rakyat muslim yang bersungguh jaga solat dan belajar al-Quran, tidak lain Allah akan kurniakan keberkatan yang berpanjangan buat diri, keluarga dan masyarakat”, ujarnya lagi.

Bagi tahun ketiga, kerajaan negeri melaksanakan inisiatif yang menyentuh kesihatan rakyat dengan mengharamkan penjualan rokok elektronik di seluruh negeri.

“Vape bukan sahaja merosakkan tubuh badan malah boleh membawa generasi muda kepada kehancuran. Ya, ramai anak muda terjebak dengan vape. Malah ada yang berani bawa sampai ke sekolah. Lagi parah vape yang bercampur aduk dengan dadah. Kegilaan yang meruntuhkan moral dan akhlak rakyat. Kerajaan nampak perkara itu dan tegah dari awal,” tambah beliau.

Skim Kafalah Perlis yang baru dilancarkan pula disifatkan sebagai satu langkah besar dalam memaknakan kebajikan dan keberkatan yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri.

Rakyat Perlis akan menerima bantuan pengurusan kematian ahli keluarga dengan nilai bantuan tunai berjumlah RM500 tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik.

“Nampak kecil bantuan ini tapi impaknya kepada seseorang yang kurang kemampuan dan dia rakyat Perlis, bantuan ini mampu menerbitkan senyuman buat penerima,” ujar beliau lagi.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments