Monday, 19 January, 2026
HomeBANJIRBERSAMA PULIHKAN PERLIS : KEJAYAAN MISI BANJIR PEJABAT MB DAN KHIDMAT MALAYSIA

BERSAMA PULIHKAN PERLIS : KEJAYAAN MISI BANJIR PEJABAT MB DAN KHIDMAT MALAYSIA

Misi bantuan banjir yang digerakkan oleh Pejabat Menteri Besar Perlis bersama Khidmat Malaysia dari 23 November hingga 7 Disember 2025 melabuhkan tirai dengan kejayaan besar, membuktikan kekuatan sebenar semangat kesukarelawanan dan solidariti rakyat Malaysia.

Diselaras dan dikoordinasikan sepenuhnya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Mustaqim Abdullah, misi ini menghimpunkan sukarelawan dari seluruh Malaysia, dalam satu gerakan bantuan berskala besar.

Sepanjang dua minggu pelaksanaan, lebih 500 sukarelawan daripada pelbagai badan termasuk Khidmat Malaysia, Jabatan Amal, Alternative Riding Club (ARC) Malaysia, Yayasan Amal Malaysia serta pelajar universiti terus berganding bahu tanpa mengenal penat lelah demi memastikan mangsa yang terkesan dapat dibantu.

Dengan koordinasi lapangan yang cekap, setiap pasukan digerakkan mengikut keperluan kawasan bagi memastikan bantuan sampai dengan cepat dan tersusun.

Dalam usaha memastikan kebajikan keluarga mangsa terus terbela, pasukan ini berjaya mengagihkan 1,980 bakul makanan dan sebanyak 14,100 pek makanan yang disediakan melalui 8 Dapur Rakyat.

Bagi memastikan pemulihan infrastruktur komuniti berjalan pantas, sebanyak 3 buah sekolah dan institusi pengajian, serta 6 premis kerajaan termasuk klinik desa, perpustakaan dan surau, berjaya dibersihkan sepenuhnya.

Di samping itu, sebanyak 161 buah rumah mangsa turut dicuci dan dipulihkan melalui operasi besar-besaran ini, membolehkan keluarga kembali ke kediaman masing-masing dengan lebih selesa dan selamat.

Misi kali ini turut diperkukuh dengan pelaksanaan Program Servis & Start, yang diterajui oleh ARC Malaysia dengan sokongan Pejabat Menteri Besar Perlis dan Khidmat Malaysia yang menjalankan kerja penyelenggaraan motosikal rosak akibat banjir.

Hasilnya, sebanyak 121 buah motosikal berjaya dihidupkan semula, memberikan nafas baharu kepada mobiliti rakyat agar mereka dapat meneruskan kerja harian, urusan keluarga dan kehidupan seperti biasa.

Kemuncak usaha ini dapat dilihat melalui Program Cuci Besar-besaran pada 5–7 Disember, yang menghimpunkan pasukan pembersihan, pasukan kebajikan, serta pasukan teknikal motosikal di bawah satu gerakan bersepadu yang dipimpin dengan tersusun.

Menurut YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, kejayaan ini membuktikan bahawa kerjasama erat antara kerajaan negeri, sukarelawan dari seluruh Malaysia, serta pelbagai badan bukan sahaja dapat meringankan beban mangsa banjir, malah memulihkan semangat komuniti.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sukarelawan dan pihak yang terlibat, termasuk Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, ARC Malaysia, Yayasan Amal, dan pelajar universiti.

Saya amat berbangga dan terharu dengan komitmen yang cukup hebat daripada semua,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments