Rangkuman Belanjawan Negeri Perlis 2026 dengan tema “Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera” yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Bajet tersebut dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks Seri Putra, Kangar pada 9 Disember 2025, hari ini.
Beliau menyifatkan belanjawan kali ini sebagai ‘belanja tertinggi, defisit terkecil’.
Kutipan hasil negeri dijangka meningkat sebanyak 94.66 juta ringgit atau 77 peratus berbanding tahun 2025. Dengan anggaran ini, Kerajaan Negeri diunjurkan mengalami defisit sebanyak 26.83 juta ringgit pada tahun 2026.
Ujar beliau, walaupun mencatat defisit, angka tersebut adalah terendah berbanding belanjawan lima tahun lalu.
Bajet yang dibentang merangkumi 3 Tekad utama dengan 12 Inisiatif yang digariskan bagi memenuhi hasrat memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Klik di sini untuk download infografik penuh. SLIDE BELANJAWAN PERLIS 2026
