Monday, 19 January, 2026
HomeBANJIRTUGAS BERAT KETIKA KRISIS: MB HARGAI PENGORBANAN BARISAN HADAPAN

TUGAS BERAT KETIKA KRISIS: MB HARGAI PENGORBANAN BARISAN HADAPAN

“Perlis tidak gagal mengurus banjir,” tegas YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ketika mengulas situasi banjir yang dianggap antara paling besar sejak episod 2010 namun berjaya ditangani melalui penyelarasan rapi antara agensi kerajaan, Khidmat Malaysia serta ratusan sukarelawan.

Meskipun jumlah mangsa mencecah 8,058 orang melibatkan 2,430 keluarga, seluruh proses pengurusan bencana berjalan lancar hasil kerjasama menyeluruh dan sistematik.

Sebanyak 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka sejak banjir bermula Ahad lalu.

Sehingga jam 8.00 malam semalam, 20 PPS telah ditutup dengan hanya empat yang masih beroperasi.

SK Lubuk Sireh kini menempatkan 154 mangsa berbanding 296 sebelum ini, Dewan 2020 dengan 27 mangsa berbanding 736 sebelumnya, SK Tambun Tulang menempatkan 296 mangsa berbanding 501 dan SK Changkat Jawi dengan 61 mangsa berbanding 283 sebelum ini.

Secara keseluruhan, hanya 538 mangsa daripada 155 keluarga masih berada di PPS ketika ini.

Beberapa PPS lain telah ditutup sepenuhnya selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Antara pusat yang menamatkan operasi ialah SK Titi Tinggi, SK Felda Mata Ayer, Dewan Semarak Bakti Felda Mata Ayer, Dewan Warisan, SK Guar Nangka dan SK Batu Bertangkup.

Turut ditutup ialah UiTM Arau, Masjid Nurul Husna Wang Kelian, SK Bukit Keteri, Dewan Serbaguna UniMAP Kubang Gajah, Dewan IPG Kampus Perlis dan Dewan Ilmu UniMAP Ulu Pauh.

Seterusnya, SK Panggau, SK Behor Empiang, SK Jalan Raja Syed Alwi, IKBN Kuala Perlis, SK Putra, SK Beseri, SK Dato Wan Ahmad dan SK Sena turut ditutup.

Penutupan berperingkat ini menunjukkan keadaan banjir semakin pulih dan terkawal.

Mohd Shukri memuji tahap penyelarasan antara Khidmat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), BOMBA dan pelbagai agensi lain yang bekerja tanpa henti meskipun berdepan keletihan.

Beliau turut menjernihkan kekeliruan apabila ada pihak tersalah faham terhadap tindakan JKM yang menyoal kehadiran NGO di PPS.

Beliau menjelaskan bahawa tujuan pertanyaan itu hanyalah untuk memastikan bantuan diselaras dengan baik agar tidak bertumpu di satu lokasi sahaja.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah menolak bantuan NGO namun pendaftaran diperlukan bagi memastikan keselamatan makanan, mengelakkan pembaziran dan mengurangkan risiko keracunan.

Kerajaan negeri hanya mahu setiap NGO diselaras secara teratur supaya bantuan sampai kepada mangsa secara seimbang dan tidak membebankan mana-mana PPS.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang turut menzahirkan penghargaan kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan yang bekerja melebihi waktu biasa, termasuk mereka yang mengangkat pesakit ke tingkat lima secara manual akibat kerosakan lif di hospital.

Banjir yang bermula Ahad lalu kini memasuki fasa pemulihan sepenuhnya selepas air surut tiga hari lalu.

Beliau juga menegaskan bahawa, rakyat Perlis tidak akan melupakan sumbangan semua pihak termasuk NGO dan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu sepanjang tempoh bencana ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments