Wednesday, 15 October, 2025
HomePentadbiranWAKTU BEKERJA HINGGA 12.30 TENGAH HARI PADA JUMAAT SEPANJANG RAMADAN - MB...

WAKTU BEKERJA HINGGA 12.30 TENGAH HARI PADA JUMAAT SEPANJANG RAMADAN – MB PERLIS

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis yang bersidang pada 26 Februari 2025  memutuskan waktu bekerja Penjawat Awam di Negeri Perlis pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan Tahun 1446 Hijrah adalah bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Perkara tersebut diumumkan oleh YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis dalam Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, di sini, pagi ini.

Menurutnya, perkara tersebut diputuskan bagi menunjukkan keperihatinan Kerajaan Negeri kepada semua penjawat awam dibawah pentadbirannya.

“Susulan dari keputusan berkenaan, Waktu Bekerja Fleksi Bulan Ramadan bagi Penjawat Awam di Negeri Perlis akan diperincikan melalui arahan lanjut yang akan dikeluarkan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dalam masa terdekat,” tambah beliau.

Namun begitu katanya semua Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan urusan perkhidmatan termasuk perkhidmatan kaunter berjalan lancar dan tidak terjejas.

“Semua Ketua Jabatan juga hendaklah membuat tindakan pemakluman berhubung waktu perkhidmatan kaunter sepanjang Bulan Ramadan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terhadap para pelanggan yang terlibat.

“Besarlah harapan saya agar keistimewaan pulang awal pada hari Jumaat ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan ibadah dan ketakwaan kita sepanjang Bulan Ramadan yang mulia ini untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.,” ujarnya lagi.

 

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments