Monday, 19 January, 2026
HomeAgama500 JEMAAH SOLAT TARAWIH BERSAMA MB DAN EXCO

500 JEMAAH SOLAT TARAWIH BERSAMA MB DAN EXCO

YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis hadir bersolat tarawih di Masjid Nurul Huda, Felda Chuping pada Jumaat lalu.

Beliau hadir bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri serta barisan ADUN sempena Solat Tarawih YAB MB & YB-YB Bersama Rakyat peringkat Parlimen Padang Besar.

Program tersebut menghimpunkan sekitar 500 orang yang hadir bersolat tarawih secara berjemaah.

Selain itu, majlis turut meraikan kanak-kanak yang berjaya hadir solat 5 waktu sepanjang tempoh program Hayya ‘ala Solah di masjid tersebut.

Lebih menarik lagi, YAB Menteri Besar turut menyampaikan Anugerah Khas daripada pihak jawatankuasa masjid kepada seorang orang kelainan upaya yang istiqamah hadir ke masjid.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments