Saturday, 22 March, 2025
HomeAgama65 ANAK YATIM DISANTUNI DALAM IFTAR KERAJAAN NEGERI PERLIS

65 ANAK YATIM DISANTUNI DALAM IFTAR KERAJAAN NEGERI PERLIS

Pihak kerajaan negeri baru-baru ini menganjurkan Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar.

Selain meraikan penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi, badan berkanun dan pimpinan masyarakat, majlis turut diceriakan dengan kehadiran 65 orang anak yatim yang diundang bersama.

Kesemua anak yatim tersebut menerima sumbangan wang tunai yang diserahkan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli diiringi isteri, Puan Najwa Othman diawal majlis.

Majlis tersebut turut diserikan dengan keberangkatan hadir Raja Muda Perlis, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda berdua turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian majlis iftar tersebut sambil disaksikan barisan Kepimpinan Kerajaan Negeri yang hadir.

Majlis turut disempurnakan dengan para hadirin mendirikan Solat Maghrib, Solat Isyak serta Solat Tarawih secara berjemaah.

Selain itu, para hadirin turut berkesempatan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments