Monday, 19 January, 2026
HomeUmumPDRM & APMM BERI TAKLIMAT KHAS: PENYELARASAN OPERASI BENCANA DIPERKUKUH

PDRM & APMM BERI TAKLIMAT KHAS: PENYELARASAN OPERASI BENCANA DIPERKUKUH

Dalam operasi bencana pagi tadi, YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli menerima taklimat komprehensif daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkaitan situasi semasa banjir serta tindakan yang sedang dilaksanakan di kawasan terjejas.

Taklimat tersebut merangkumi status kerosakan infrastruktur, tahap kenaikan air, kekangan logistik akibat jalan yang terputus, serta strategi pengurusan pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Tumpuan turut diberikan kepada aspek keselamatan laluan keluar masuk bagi memastikan pergerakan bantuan dapat dijalankan tanpa risiko tambahan.

PDRM dan APMM memaklumkan bahawa pasukan mereka kini berada dalam mod kesiapsiagaan penuh bagi memantau perubahan cuaca dan mengelakkan berlakunya insiden susulan.

Kerjasama antara agensi terus diperkukuh bagi memastikan setiap tindakan di lapangan tersusun dan efektif.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pasukan keselamatan serta para petugas yang berkhidmat sepanjang masa bagi menjaga kebajikan rakyat di saat berlaku bencana.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments