Monday, 19 January, 2026
HomeUmumPASUKAN KHIDMAT MALAYSIA TERUSKAN MISI AGIHAN BANTUAN MAKANAN & MINUMAN

PASUKAN KHIDMAT MALAYSIA TERUSKAN MISI AGIHAN BANTUAN MAKANAN & MINUMAN

Pasukan Khidmat Malaysia (KM) bergerak pantas sebaik sahaja menerima laporan bencana banjir yang menjejaskan beberapa kawasan di Wang Kelian pagi tadi.

Pasukan tersebut terus menggerakkan bantuan awal dengan mengagihkan air mineral, roti dan makanan siap masak kepada mangsa yang dipindahkan ke Masjid Wang Kelian serta lokasi terjejas lain.

Menurut tinjauan YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, beliau difahamkan bahawa keadaan di lapangan menunjukkan beberapa infrastruktur utama terputus, termasuk dua jambatan kampung yang runtuh dan laluan masuk utama yang ditutup akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.

Situasi ini menjadikan bantuan segera oleh Khidmat Malaysia amat penting bagi memastikan mangsa tidak terputus bekalan asas.

Selain agihan, para petugas turut membantu menyusun mangsa yang baru tiba serta memastikan golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak menerima perhatian sewajarnya.

Kerjasama masyarakat setempat juga membantu mempercepatkan proses bantuan awal kepada semua terlibat.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments