Monday, 19 January, 2026
HomeBANJIRADUN BINTONG LANCAR OPS CnC PASCABANJIR BANTU PENDUDUK TERJEJAS

ADUN BINTONG LANCAR OPS CnC PASCABANJIR BANTU PENDUDUK TERJEJAS

Pascabanjir di DUN Bintong menyaksikan pelaksanaan operasi bantuan yang diperhebat, bermula dengan kerja pembersihan dan pemulihan kediaman penduduk yang terjejas melalui program Cleaning & Clearance (OPS CnC) yang dikendalikan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Bintong.

Operasi ini dijalankan bersama Khidmat Malaysia, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar, Jabatan Amal dan sukarelawan, merangkumi kerja mencuci lantai, membuang lumpur, mengalihkan perabot rosak serta memulihkan kediaman agar kembali selamat didiami.

Majlis Perbandaran Kangar (MPK) turut menyertai operasi ini melalui penglibatan YDP Tuan Affendi Rajini Kanth dan kakitangan MPK, bagi mengukuhkan keberkesanan gerak kerja pembersihan secara berperingkat mengikut keutamaan lokasi.

Sepanjang tempoh banjir, lebih 4,000 pek makanan diedarkan setiap hari melalui beberapa dapur bantuan yang diuruskan PKWR bersama Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK), NGO dan sukarelawan setempat.

Operasi ini turut disokong oleh sumbangan YB Senator Azahar Hassan, YB Abu Bakar Hamzah, Ahli Majlis Perbandaran Kangar kawasan Bintong serta NGO-NGO yang menyediakan sumbangan makanan secara berterusan.

Pada malam 23 November, PKWR Bintong dan MPKK memulakan rondaan kecemasan bagi memantau perkembangan banjir dan mengenal pasti keperluan segera penduduk.

Menjelang hari berikutnya, Dapur Rakyat diaktifkan di Kampung Madi dan Surau Padang Kota dengan kerjasama komuniti dan NGO Matin Care, menyediakan antara 1,000 hingga 1,500 pek makanan sehari.

Bantuan ini diagihkan secara berjadual ke kampung-kampung terjejas termasuk Abi, Behor Empiang, Pondok, Kechor, Teluk Jambu, Jarak, Belanga Pudak, Wang Ulu, Wang Besar dan Tebing Tinggi.

Keseluruhan usaha ini menggambarkan solidariti masyarakat Bintong, agensi kerajaan dan NGO dalam memastikan kebajikan penduduk diberi keutamaan sepanjang tempoh bencana dan pascabanjir.

PKWR Bintong menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang tenaga, masa dan bantuan tanpa mengira penat lelah serta menegaskan komitmen untuk terus memberikan bantuan berdasarkan keperluan semasa agar proses pemulihan berjalan lancar dan lengkap.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments