Monday, 19 January, 2026
HomeUmum200 PEK MAKANAN & BANTUAN KEPERLUAN DIAGIH, PKWR MATA AYER AKTIFKAN BILIK...

200 PEK MAKANAN & BANTUAN KEPERLUAN DIAGIH, PKWR MATA AYER AKTIFKAN BILIK OPERASI BANJIR

Sebanyak 200 pek makanan bersama bantuan keperluan asas telah diedarkan sekitar Ngulang, Mata Ayer dan PPS Guar Nangka bagi membantu penduduk yang terjejas selepas air mula memasuki rumah sejak petang tadi.

Bantuan tersebut merangkumi bekalan biskut, tuala wanita, lampin pakai buang pelbagai saiz serta air mineral untuk memastikan mangsa di PPS Guar Nangka menerima bekalan awal sementara menunggu perkembangan cuaca dan arahan seterusnya.

Dalam masa sama, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Mata Ayer turut mengaktifkan Bilik Operasi Banjir sebagai pusat pemantauan dan penyelarasan gerak kerja bantuan.

Orang ramai yang memerlukan maklumat atau bantuan boleh menghubungi PKWR Mata Ayer di 018-467 2483 atau nombor pegawai bertugas.

PKWR menegaskan komitmen untuk terus menyantuni dan membantu warga Mata Ayer sepanjang situasi banjir ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments