Monday, 19 January, 2026
HomeUmumMB TINJAU & ZIARAH MANGSA BANJIR DI MASJID WANG KELIAN

MB TINJAU & ZIARAH MANGSA BANJIR DI MASJID WANG KELIAN

Situasi banjir kilat yang melanda Wang Kelian awal pagi tadi mendorong YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, untuk turun segera menziarahi para mangsa yang ditempatkan di Masjid Wang Kelian.

Lawatan ini bertujuan menilai keadaan semasa di lapangan serta memastikan semua mangsa menerima bantuan awal yang mencukupi.

Tinjauan mendapati jumlah mangsa semakin meningkat susulan air naik mendadak di beberapa kawasan kampung.

Masjid Wang Kelian kini berfungsi sebagai lokasi penempatan awal sementara menunggu pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang lebih tersusun.

Dalam sesi beramah mesra, beliau mendengar sendiri keperluan dan kekangan yang dihadapi oleh mangsa selain daripada memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan kebajikan terjamin.

Penduduk setempat turut diingatkan supaya terus berwaspada kerana keadaan cuaca masih tidak stabil dan beberapa laluan utama menuju Wang Kelian mengalami kerosakan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments