Thursday, 27 November, 2025
HomeKebajikanZIARAH KASIH BAWA SINAR BUAT ADIK AYYASH

ZIARAH KASIH BAWA SINAR BUAT ADIK AYYASH

Program Ziarah Kasih anjuran Pejabat Menteri Besar Perlis dengan kerjasama Pertubuhan Mata Ayer Care semalam membawa sinar kebahagiaan kepada keluarga adik Ayyash Affan, 4 tahun, yang menghidap penyakit saraf Spastik Quadriplegic Cerebral Palsy sejak lahir.

Kunjungan penuh kasih itu disertai oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Puan Norhasmayati dan Puan Syahirah, bersama Ahli Jawatankuasa Mata Ayer Care.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, YB Wan Badariah Wan Saad, yang mengiringi isteri YAB Menteri Besar Perlis, YABhg Puan Najwa binti Othman.

Dalam kunjungan tersebut, keluarga adik Ayyash menerima sumbangan berupa pek makanan, wang tunai dan lampin pakai buang sebagai tanda keprihatinan terhadap beban yang ditanggung keluarga ini.

Adik Ayyash yang terlantar sepenuhnya bergantung kepada penjagaan ibunya, Puan Noriza Abu Bakar, seorang suri rumah, sementara bapanya bekerja sebagai juruteknik pendawaian.

Pasangan ini tabah membesarkan enam orang anak dalam suasana penuh kasih sayang dan kesabaran.

Program yang turut disokong oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Mata Ayer ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh agenda kebajikan dan keprihatinan terhadap rakyat yang memerlukan.

Pejabat Menteri Besar Perlis menzahirkan komitmen untuk terus memperluas jaringan bantuan serta mendekati masyarakat melalui inisiatif seperti Ziarah Kasih, selaras dengan aspirasi Perlis Berkebajikan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments