Keprihatinan terhadap rakyat dizahirkan apabila Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Perlis, Encik Muhammad Mustaqim Abdullah, meneruskan program Ziarah Kasih YAB MB dengan menziarahi dua pesakit kritikal di kawasan Padang Lima Naleh dan Kampung Kubang Tiga semalam.
Penerima pertama, Rahman Talib dari Padang Lima, Naleh Bintong, kini terlantar akibat serangan strok.
Sementara itu, Eliuan a/p Ooi Ah Kie dari Kampung Kubang Tiga pula disahkan menghidap slip disc kategori kritikal.
Dalam lawatan tersebut, Muhammad Mustaqim menyampaikan sumbangan kerusi roda serta bantuan barangan dapur bagi meringankan beban yang ditanggung penerima dan keluarga.
Turut hadir dalam lawatan tersebut, , Pegawai Khas YAB Menteri Besar, Encik Mohd Nasir bin Ismail dan Encik Sombun a/l Crem.
Program Ziarah Kasih YAB ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri dalam mendekati rakyat serta menyalurkan bantuan secara langsung kepada mereka yang memerlukan.
