Monday, 19 January, 2026
HomeUmumRAKYAT BERPELUANG KEMUKA PANDANGAN DALAM DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI (RSN) PERLIS 2040

RAKYAT BERPELUANG KEMUKA PANDANGAN DALAM DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI (RSN) PERLIS 2040

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri (RSN) Perlis 2040 (Kajian Semula) yang dilancarkan semalam disifatkan sebagai dokumen penting dalam merangka pembangunan negeri secara teratur, progresif dan mampan menjelang tahun 2040.

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, RSN 2040 berfungsi sebagai kerangka utama untuk memastikan hala tuju pembangunan negeri menepati matlamat Perlisku Bestari: Negeri Progresif, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi.

“Negeri Perlis berkeluasan 86,294 hektar dengan jumlah penduduk sekitar 296,800 orang pada tahun 2024.

“Menjelang 2040, jumlah ini dijangka meningkat hampir 400,000.

“Justeru, perancangan jangka panjang amat penting agar keperluan infrastruktur, peluang ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat ditampung,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RSN Perlis 2040 (Kajian Semula) dan Majlis Pelancaran Pelan Bandar Pintar Negeri Perlis 2030 di Dewan 2020, Kangar.

Menurut beliau, program publisiti yang berlangsung sepanjang September memberi ruang kepada rakyat dan pihak berkepentingan untuk mengemukakan pandangan bagi memperkukuhkan lagi perancangan negeri.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada PLANMalaysia Perlis, Majlis Perbandaran Kangar, SKMM, SPNB serta pelbagai jabatan dan agensi teknikal yang terlibat dalam penyediaan dokumen penting ini.

“Dengan sokongan semua pihak, RSN Perlis 2040 akan menjadi panduan berkesan untuk melestarikan kemajuan negeri,” ujarnya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments