Monday, 19 January, 2026
HomeUmumSEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (M) JOHAN PERARAKAN MERDEKA KATEGORI INSTITUT PENDIDIKAN

SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (M) JOHAN PERARAKAN MERDEKA KATEGORI INSTITUT PENDIDIKAN

Pertandingan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perlis tahun ini menyaksikan pelbagai institusi pengajian tinggi, sekolah, jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil dengan persembahan penuh semangat patriotik.

Acara tahunan itu bukan sahaja memperlihatkan kreativiti dan disiplin, malah mencerminkan kesatuan masyarakat dalam menghayati makna kemerdekaan negara.

Bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Sekolah, Johan dimenangi oleh Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah), manakala Komander Kesatria UiTM Cawangan Perlis meraih Naib Johan.

Tempat ketiga pula disandang oleh IKBN Kuala Perlis.

Dalam kategori Swasta, NGO dan Pertubuhan, Persatuan Veteran ATM (PVATM) Negeri Perlis muncul sebagai Johan, diikuti Persatuan Pandu Puteri Cawangan Perlis sebagai Naib Johan, dan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) di tempat ketiga.

Bagi kategori Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun, Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis dinobatkan sebagai Johan, diikuti Jabatan Pertanian Negeri Perlis di tempat kedua serta Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis yang meraih tempat ketiga.

Pertandingan ini menjadi salah satu tarikan utama sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri, sekali gus mengukuhkan semangat patriotisme serta menghargai usaha kolektif masyarakat Perlis dalam menyemarakkan jiwa kemerdekaan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments