Thursday, 27 November, 2025
HomePelanconganRM350 RIBU UNTUK PELAN PEMBANGUNAN PERLIS GEOPARK

RM350 RIBU UNTUK PELAN PEMBANGUNAN PERLIS GEOPARK

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli dalam satu kenyataan media menyatakaan hasrat kerajaan negeri membangunkan Pelan Pembangunan Perlis Geopark.

Ia selari dengan peruntukan RM 350,000 yang diluluskan dalam Pembentangan Bajet 2024 semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas bagi mengekalkan dan memulihara Perlis Geopark.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pemasyhuran Perlis Geopark yang disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis di Taman Eko-Rimba Bukit Ayer, tempoh hari.

Tambah beliau, seluruh pihak termasuk kerajaan, agensi serta rakyat jelata sendiri perlu memainkan peranan penting menjaga tapak warisan ini.

“Pelbagai program dan aktiviti di komuniti masing-masing boleh dijalankan dalam menaikkan nama Perlis Geopark sebagai pusat tumpuan pelancong luar dan dalam negeri,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments