“Alhamdulillah, puas hati bila dapat melihat senyuman adik-adik dan ibu bapa yang hadir”
Demikian hantaran di Facebook YB Wan Badariah Wan Saad, ADUN Mata Ayer merangkap EXCO Pelancongan selepas selesai Program Back To School Anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Mata Ayer minggu lepas.
35 orang penerima dari golongan asnaf hadir ke Kedai Mariam, Kangar menerima kelengkapan sekolah bernilai RM150 bagi pelajar lelaki dan RM160 bagi pelajar perempuan.
Bantuan barangan yang diterima berupa set pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan kasut sekolah itu diharap dapat mengurangkan bebanan para waris yang terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyara anak-anak terutama semasa musim awal persekolahan.
Program seperti ini turut dijalankan sebelum ini oleh ADUN Titi Tinggi, YB Izizam Ibrahim, ADUN Beseri, YB Haziq Asyraf Dun, serta ADUN Guar Sanji, YB Ridzuan Hashim.