Tuesday, 23 September, 2025
HomeMakluman aktivitiPERLIS RAIKAN MERDEKA BERTEMAKAN ‘MALAYSIA MADANI: PERLIS BESTARI, RAKYAT DISANTUNI’

PERLIS RAIKAN MERDEKA BERTEMAKAN ‘MALAYSIA MADANI: PERLIS BESTARI, RAKYAT DISANTUNI’

Kerajaan Negeri Perlis memaklumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Perlis akan diadakan secara rasmi pada 31 Ogos 2025 (Ahad), bermula jam 7.00 pagi di laluan berhadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Jalan Tuanku Syed Putra, Kangar Jaya.

Bertemakan “Malaysia Madani: Perlis Bestari, Rakyat Disantuni”, sambutan kali ini menekankan elemen keprihatinan, kesejahteraan dan perpaduan rakyat berbilang kaum, selaras dengan aspirasi membina masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.

Pelbagai pengisian menarik akan disediakan termasuk acara perbarisan, perarakan kenderaan aset tentera dan pasukan beruniform, persembahan kebudayaan, serta pameran melibatkan penyertaan agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Bagi memastikan kelancaran acara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Perlis akan mengeluarkan hebahan khusus mengenai penutupan jalan dan kawalan lalu lintas di sekitar lokasi penganjuran.

Maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memudahkan orang awam merancang perjalanan mereka.

Selain itu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan mengadakan sesi libat urus bersama para peniaga dan pihak berkepentingan di sekitar lokasi acara.

Langkah ini bertujuan memberikan penerangan lanjut serta mendapatkan maklum balas bagi meminimumkan gangguan terhadap operasi perniagaan sepanjang tempoh persiapan sehingga hari sambutan.

Orang ramai disarankan mendapatkan maklumat terkini melalui media sosial rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta hebahan agensi berkaitan.

Seluruh warga Perlis juga digalakkan hadir beramai-ramai dan mengibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments