Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis bakal menganjurkan Majlis Aidilfitri peringkat Negeri Perlis pada Sabtu, 12 April ini di Dewan 2020, Kangar.
YAB Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis melalui akaun TikToknya berkata majlis akan bermula pada jam 11.00 pagi hingga selesai.
“Antara menu menarik yang akan disajikan adalah kambing golek, rusa golek, sate, lemang, rendang dan pelbagai makanan dan minuman,” ujar beliau lagi.
Seluruh rakyat Perlis dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.