Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Guar Sanji baru-baru ini menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Antara DUN Perlis sempena Hari Sukan Negara yang berlangsung petang tadi di Gelanggang Futsal Kg Behor Mentalon.
Menurut ADUN Guar Sanji, Ridzuan Hashim, kejohanan yang diadakan dengan kerjasama Pemuda Guar Sanji ini berjaya mendapat penyertaan daripada 13 pasukan DUN seluruh Perlis.
“Alhamdulillah, kejohanan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan penyertaan yang menggalakkan.
“Tahniah kepada DUN Indera Kayangan yang muncul sebagai juara, diikuti DUN Kuala Perlis sebagai naib johan dan DUN Simpang Empat yang menduduki tempat ketiga,” ujarnya.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang menyertai dan menjayakan kejohanan ini,” kata Ridzuan Hashim.
Kejohanan ini turut mendapat sokongan daripada agensi-agensi luar seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Agensi Pertahanan Masyarakat (APM), serta pengadil yang bertugas dalam memastikan kelancaran perlawanan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini, semoga semangat kesukanan dan perpaduan ini terus mekar dalam kalangan rakyat Perlis,” tambah beliau.
