Sunday, 16 March, 2025
HomeSains & TeknologiPERLIS LAKSANA INISIATIF PENJIMATAN RM113,610 SETAHUN

PERLIS LAKSANA INISIATIF PENJIMATAN RM113,610 SETAHUN

Kerajaan Negeri Perlis dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan sehingga RM113,610.00 setahun atau sekitar RM9,467.50 sebulan apabila mencapai persetujuan untuk memasang panel solar fotovoltik tersambung grid TNB di kawasan parkir sekitar Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

Kerajaan negeri bersama TNB dan Syarikat Maestron Energy Sdn Bhd mencapai kata sepakat dalam majlis menandatangani dokumen Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE) bagi merealisasi hasrat pemasangan panel solar tersebut, di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar, semalam.

Menurut Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata inisiatif ini menjadi bukti komitmen pihak kerajaan negeri mendukung kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

“Parkir solar fotovoltik berbumbung yang akan dilaksanakan ini bukan sahaja menawarkan kemudahan dan manfaat kepada warga Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, tetapi turut menyumbang kepada penjanaan tenaga hijau yang menjimatkan kos operasi dan mengurangkan jejak karbon.

“Penjimatan ini amat penting kerana menunjukkan komitmen kerajaan negeri kepada rakyat untuk pentadbiran yang lebih cekap dengan penggunaan tenaga hijau yang
lebih efisyen,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan projek ini dijangka akan bermula seawal September 2024 dan siap sepenuhnya pada Disember 2025.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau Perlis, Megat Hashirat Hassan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments