Muhammad Azmir Azizan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Perlis menerima Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis yang berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2025 dalam Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2024 di Dewan Warisan, Kangar, semalam.
Seramai 11 orang penerima tauliah bagi kategori umum dan 82 penerima tauliah mengajar al-Quran telah menerima tauliah mereka menjadikan jumlah pemegang tauliah umum seramai 432 orang dan tauliah mengajar al-Quran seramai 424 orang.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat hadir serta menyampaikan tauliah tersebut kepada semua penerima baharu.
Raja Muda Perlis turut berkenan melancarkan buku baharu terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis iaitu ‘Mukadimah Kaedah Fiqhiyyah’.
Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Ruselee Eizan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Rahimi Ismail serta Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.