Thursday, 27 November, 2025
HomePelaburanPERLIS BUKA LALUAN PELABURAN BAHARU DI SHANGHAI

PERLIS BUKA LALUAN PELABURAN BAHARU DI SHANGHAI

Perlis melangkah ke hadapan dalam usaha menarik pelaburan antarabangsa apabila YAB Menteri Besar mengetuai sesi Kunjung Hormat dan Perbincangan Peluang Pelaburan bersama sekumpulan pelabur berpotensi dari China, dibawa khas oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA) sempena MIHAS@Shanghai 2025.

Perbincangan tertumpu kepada penerokaan kerjasama strategik dan potensi pelaburan baharu di negeri Perlis, khususnya dalam sektor berimpak tinggi yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi negeri serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Turut hadir, EXCO Kerajaan Negeri, YB Ustaz Azmir Azizan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Encik Rusydi, Encik Syukri (NCIA) dan Puan Puteri (BPEN).

Kerajaan Negeri menegaskan kesediaan untuk terus memperkukuh ekosistem pelaburan dan memperluas jaringan ekonomi, seiring aspirasi Perlis Pintar 2030 menuju negeri berdaya saing dan lestari.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments