Wednesday, 15 October, 2025
HomeSukanPERLIS RAIH 4 EMAS, CIPTA 4 REKOD BAHARU DI SOPMA XXII SARAWAK...

PERLIS RAIH 4 EMAS, CIPTA 4 REKOD BAHARU DI SOPMA XXII SARAWAK 2025

Kontinjen Perlis mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membawa pulang empat pingat emas serta memecah empat rekod baharu dalam Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) XXII yang berlangsung di Sarawak pada 2 hingga 6 Oktober 2025.

Seramai 13 atlet anak jati Perlis menyertai temasya kali ini yang mempertandingkan lima acara utama, iaitu olahraga, badminton, futsal, tenpin boling dan orienteering.

Dalam acara olahraga, Muhammad Sharul Azmer Azman membuka tirai kejayaan Perlis apabila memenangi emas dalam acara 400 meter lari berpagar dengan catatan masa 59.74 saat, sekali gus mencipta rekod baharu kejohanan.

Kecemerlangan diteruskan dalam acara 4×100 meter lelaki apabila gandingan mantap Hazraf Shah Hamri, Hazrul Shah Hamri, Muhammad Sharul Azmer Azman dan Zaiman Megat Abu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 44.79 saat.

Kejayaan itu turut memecahkan rekod terdahulu.

Sementara itu, atlet serba boleh Zaiman Megat Abu mencuri tumpuan apabila menambah dua lagi emas untuk Perlis dalam acara lompat jauh dan lompat kijang.

Beliau bukan sahaja menjuarai kedua-dua acara, malah turut mencipta dua rekod baharu dengan catatan 6.99 meter (lompat jauh) dan 14.82 meter (lompat kijang), mengatasi rekod lama 14.19 meter.

Pencapaian cemerlang ini sekaligus menobatkan Perlis sebagai antara kontinjen terbaik dalam temasya SOPMA XXII, sekali gus membuktikan kemampuan atlet pekak negeri itu bersaing di peringkat kebangsaan dengan semangat luar biasa.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments