Wednesday, 15 October, 2025
HomeKebajikanRM500 SUMBANGAN TUNAI MELALUI SKIM KAFALAH PERLIS

RM500 SUMBANGAN TUNAI MELALUI SKIM KAFALAH PERLIS

Kerajaan Negeri Perlis telah melancarkan Skim Kafalah Perlis bagi meringankan beban rakyat, khususnya dalam menampung kos pengurusan jenazah yang kian meningkat.

Menerusi skim ini, setiap kematian akan menerima sumbangan RM500 secara tunai kepada waris terdekat sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri tertakluk kepada syarat kelayakan.

Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung pada 22 September 2025, di Dewan Residensi, Kediaman Menteri Besar Perlis.

Ia telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, dengan diiringi YB Datin Marzita Mansor, EXCO Kebajikan dan Tuan Noorhamizi Mohd Yaacob, Pengarah Yayasan Islam Perlis.

Turut hadir sama ialah YB Speaker Dewan Undangan Negeri, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Kangar serta ADUN-ADUN kawasan.

Menurut ADUN Beseri, Haziq Asyraf, pelaksanaan Skim Kafalah Perlis ini memberi kelegaan kepada rakyat kerana ia mampu menampung kos pengurusan jenazah yang semakin tinggi.

Beliau menegaskan bahawa inisiatif kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional ini bukan sahaja menjaga kebajikan rakyat, tetapi juga meringankan beban keluarga si mati serta memudahkan urusan pengurusan jenazah.

Beliau turut menekankan, skim ini menjadi bukti keutamaan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan miskin agar terus terbela.

Sebagai simbolik pelaksanaan, seramai 31 penerima awal Skim Kafalah Perlis telah menerima manfaat masing-masing dalam majlis tersebut.

Majlis pelancaran tersebut berakhir dengan sesi penyampaian sumbangan kepada para penerima.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments