Thursday, 27 November, 2025
HomeAgamaDELEGASI MALAYSIA SERTAI PAMERAN MIHAS@SHANGHAI 2025 SEMPENA CIIE KE-8

DELEGASI MALAYSIA SERTAI PAMERAN MIHAS@SHANGHAI 2025 SEMPENA CIIE KE-8

Delegasi Malaysia, semalam, berpeluang menyertai Pameran MIHAS@Shanghai 2025 yang berlangsung bersempena The 8th China International Import Expo (CIIE) di Shanghai, China.

Majlis perasmian pameran berprestij itu telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dengan kehadiran barisan kenamaan dari pelbagai negeri di Malaysia.

Mewakili Perlis, delegasi disertai oleh YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Ustaz Azmir, Exco Kerajaan Negeri Perlis, bersama Puan Maizura, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Turut hadir YB Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Timbalan Premier Sarawak, serta wakil-wakil agensi dan industri halal negara.

Penyertaan MIHAS@Shanghai tahun ini menandakan kali kedua Malaysia mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa di China.

Platform ini berperanan penting dalam memperkukuh jaringan perdagangan halal serta memperkenalkan produk halal Malaysia ke pasaran global, khususnya di rantau Asia Timur.

Langkah ini turut memperkukuh usaha Malaysia dalam memacu agenda ekonomi halal sejajar dengan visi negara ke arah menjadi hab halal utama dunia.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments