Wednesday, 15 October, 2025
HomeUmumKHUTBAH JUMAAT FOKUS MISI GLOBAL SUMUD FLOTILLA KE GAZA

KHUTBAH JUMAAT FOKUS MISI GLOBAL SUMUD FLOTILLA KE GAZA

Seluruh masjid di Perlis hari ini akan menyampaikan Khutbah Jumaat pada hari ini yang memfokuskan perjuangan Global Sumud Flotilla ke Gaza, Palestine.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Muhammad Azmir Azizan, berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama Sahibus Samahah Mufti Perlis, Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin bagi memberikan tumpuan kepada perkembangan misi flotilla yang kini berlayar lebih sebulan menuju bumi Gaza.

Beliau berkata khutbah khas berkenaan akan memberi penerangan mengenai kepentingan menyelami serta menghayati perjuangan sahabat-sahabat yang berada di kapal flotilla, termasuk 12 rakyat Malaysia yang dilaporkan ditahan pihak berkuasa asing.

“Kita berdoa supaya mereka dilindungi daripada sebarang perkara yang memudaratkan, dan dengan khutbah khas ini masyarakat dapat meningkatkan kefahaman serta kesedaran mengenai perjuangan membebaskan Gaza,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, doa bersama seluruh umat Islam amat penting agar Allah memudahkan misi flotilla tersebut tiba ke bumi Gaza dengan jayanya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments