Tuesday, 23 September, 2025
HomeUmumPERLIS MULA DIKENALI DI PERINGKAT ANTARABANGSA MELALUI KERJASAMA STRATEGIK DI KUNMING

PERLIS MULA DIKENALI DI PERINGKAT ANTARABANGSA MELALUI KERJASAMA STRATEGIK DI KUNMING

Nama Perlis mula mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila media tempatan di China, Yunnan Daily-Yunnan News, menyiarkan laporan berhubung lawatan rasmi delegasi kerajaan negeri ke Kunming dari 10 hingga 14 Ogos lalu.

Liputan tersebut sekali gus memperlihatkan Perlis semakin dikenali di luar negara, khususnya melalui pertemuan dan perbincangan strategik yang diketuai oleh YAB Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli bersama Kunming South Asia and Southeast Asia International Logistics Research Institute.

Dalam sesi berkenaan, kedua-dua pihak membincangkan kerjasama melibatkan pembangunan pelabuhan darat, ekonomi digital serta hubungan antara badan pemikir dan syarikat.

Lawatan itu turut menyaksikan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara Mutiara Perlis Sdn Bhd dan Institut Penyelidikan Logistik Antarabangsa Kunming bagi meneroka peluang membangunkan Koridor Ekonomi Pengangkutan Kunming-Perlis.

Delegasi Perlis turut meninjau beberapa kemudahan logistik utama di Kunming serta mengadakan pertemuan dengan kerajaan tempatan dan usahawan Yunnan.

Menurut YAB Menteri Besar, kedudukan strategik Perlis di utara Semenanjung Malaysia menjadikannya pintu hadapan untuk mengukuhkan kerjasama serantau bersama China, Indonesia dan Thailand.

Lawatan rasmi ini bukan sahaja membuka peluang kerjasama baharu, malah menandakan langkah awal Perlis dikenali sebagai rakan strategik di pentas antarabangsa.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments