Seusai penyaluran bantuan di Kampung Kota Keran, YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli meneruskan misi bantuan banjir ke lokasi kedua iaitu Kampung Titi Tok Bandar, di mana ia melibatkan kira-kira 7 buah keluarga dengan bilangan melebihi 30 orang kesemuanya.
Kesemua mangsa kini berkumpul di sebuah rumah bagi memastikan keselamatan mereka terjamin sementara menunggu keadaan banjir pulih seperti sedia kala.
Bantuan awal telah disampaikan, dan pihak Kerajaan Negeri sedang menilai keperluan tambahan termasuk bekalan makanan, logistik dan sokongan kecemasan bagi memastikan setiap keluarga menerima bantuan secukupnya.
Mohd Shukri turut menzahirkan komitmen bahawa segala urusan bantuan akan diteruskan secara berperingkat demi memastikan keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan.
