Thursday, 27 November, 2025
HomeUmumPEGAWAI KHAS MB & KHIDMAT MALAYSIA SEGERA HANTAR BANTUAN KEPADA KELUARGA TERPERANGKAP

PEGAWAI KHAS MB & KHIDMAT MALAYSIA SEGERA HANTAR BANTUAN KEPADA KELUARGA TERPERANGKAP

Khidmat Malaysia semalam menggerakkan bantuan segera selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai sebuah keluarga yang terperangkap akibat banjir di Kampung Jarak, Jalan Raja Syed Saffi, Kangar.

Aduan tersebut diterima melalui Facebook Khidmat Malaysia, memaklumkan bahawa lapan ahli keluarga di rumah dua tingkat berwarna kuning milik Fatimah Yahya memerlukan bantuan makanan kerana terputus bekalan.

Bertindak atas maklumat itu, Pegawai Khas Menteri Besar yang juga merangkap pasukan Khidmat Malaysia Cawangan Perlis, Puan Norhasmayati Che Me dan Puan Shahirah Salleh, serta isteri Menteri Besar, Puan Najwa Othman, turun ke lokasi untuk menyampaikan bantuan makanan kepada keluarga berkenaan.

Mereka turut meninjau keadaan sekitar bersama sukarelawan dan komuniti setempat.

Dalam masa yang sama, mereka turut menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas di kawasan Kampung Bintong, susulan laporan bahawa beberapa penduduk di situ turut mengalami kesukaran mendapatkan bekalan asas.

Khidmat Malaysia memaklumkan bahawa pemantauan dan penyampaian bantuan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap keluarga yang terjejas menerima sokongan sewajarnya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments