Thursday, 27 November, 2025
HomeUmumMB SANTUNI MANGSA BANJIR, SERU PATUHI ARAHAN PEMINDAHAN

MB SANTUNI MANGSA BANJIR, SERU PATUHI ARAHAN PEMINDAHAN

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengingatkan mangsa banjir supaya segera mematuhi arahan pemindahan bagi memastikan keselamatan penduduk serta kelancaran operasi di kawasan terjejas.

“Saya nak nasihat kepada mangsa-mangsa banjir yang baru ini, kena keluar, kena ikut arahan pihak kuasa dan jangan bantah,” kata beliau.

Menurutnya, pematuhan arahan amat penting bagi memudahkan urusan penempatan dan penghantaran bantuan.

Beliau turut menegaskan kekangan logistik yang dihadapi petugas memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada penduduk.

“Jangan melengahkan, jangan menyusahkan sebab prasarana pun amat terhad.

“Lori pengangkutan cukup terhad. Jadi kalau diarahkan pindah, ikutlah dengan senang hati keluar beramai-ramai.”

Awal pagi tadi, YAB Menteri Besar turut turun padang ke Kampung Rambai, DUN Pauh, bagi menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

“MasyaAllah, walaupun diuji, mereka tetap mampu tersenyum,” katanya selepas menyantuni penduduk yang ditempatkan sementara.

Beliau mendoakan agar semua urusan penduduk dipermudahkan.

“Semoga Allah mempermudah urusan mereka dan menggantikan setiap ujian dengan ganjaran yang lebih baik.”

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments