Tuesday, 23 September, 2025
HomeUmumLEBIH 250 PESERTA SERTAI GOTONG-ROYONG PERDANA, SEMARAK SEMANGAT KERJASAMA

LEBIH 250 PESERTA SERTAI GOTONG-ROYONG PERDANA, SEMARAK SEMANGAT KERJASAMA

Lebih 250 orang penduduk kampung berganding bahu dalam Gotong-Royong Perdana Tebas Jalan Kampung yang diadakan semalam di empat buah kampung dalam DUN Pauh.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu melibatkan Kampung Padang Nyu, Kampung Guar Lepai, Kampung Guar Gajah dan Kampung Alor Ara, dengan penyertaan aktif masyarakat setempat.

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bersama isterinya tidak ketinggalan untuk turut serta dalam gotong-royong berkenaan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Megat Hashirat Hassan dan isteri, Setiausaha Politik Menteri Besar, Mustaqim Abdullah, Pegawai Khas Menteri Besar serta Pegawai Khas Parlimen Arau.

YAB Menteri Besar merakamkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan gotong-royong tersebut.

Beliau menegaskan semangat kerjasama ini mampu mewujudkan persekitaran kampung yang lebih bersih, selesa dan harmoni, selain mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments