Tuesday, 23 September, 2025
HomeKebajikanKEBAJIKAN RAKYAT KEUTAMAAN NEGERI

KEBAJIKAN RAKYAT KEUTAMAAN NEGERI

Menyahut seruan ucapan dasar Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-71, negeri-negeri yang berada dalam State Government 4 (SG4) iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis haruslah menjadi landasan utama dalam mengukuhkan kebajikan rakyat sehingga mampu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Perlis antara negeri yang telah membuktikan fokus yang tidak berbelah bahagi terhadap kebajikan masyarakat.

Sebagai langkah menuju negeri berkebajikan, kerajaan negeri telah memperkenalkan Skim Kafalah Perlis, satu inisiatif yang memberi bantuan khairat kematian kepada waris golongan rentan tanpa mengira kaum dan agama.

“Inilah manifestasi slogan Perlisku Bestari Berkat Lestari yang menekankan kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira kaum dan agama,” ujar Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Perlis dalam perbahasan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-71 yang lalu.

Langkah ini membuktikan bahawa negeri-negeri di bawah SG4 bukan sahaja menumpukan aspek pembangunan fizikal, malah menitikberatkan kesejahteraan rakyat.

Dengan inisiatif seperti Skim Kafalah, Perlis dilihat mampu menjadi model negeri berkebajikan yang boleh dicontohi negeri-negeri lain, seiring matlamat mengutamakan agenda kebajikan rakyat.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments