Thursday, 11 September, 2025
HomeUmumKONVOI PATRIOTIK BESERI MERIAHKAN SAMBUTAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2025

KONVOI PATRIOTIK BESERI MERIAHKAN SAMBUTAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2025

Lebih 150 peserta menyemarakkan suasana dengan menyertai Konvoi Patriotik bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2025, pagi semalam.

Konvoi berkenaan bermula di Masjid Jamek Beseri sebelum peserta bergerak mengelilingi kawasan Beseri dan berakhir di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perlis di Kangar.

Ketibaan peserta disambut mesra oleh YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, yang turut meluangkan masa menyampaikan pesanan serta nasihat berkaitan semangat perpaduan dan kecintaan kepada tanah air.

Peserta kemudiannya diraikan dalam jamuan makan tengah hari.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Beseri dengan kerjasama PEMADAM Padang Besar, Alternative Riding Club (ARC) Perlis serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh DUN Beseri.

Penganjur merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya masyarakat setempat, atas sokongan padu untuk menjayakan konvoi berkenaan. Semoga usaha sebegini terus menyemarakkan semangat cinta akan negara dan menjadi wadah untuk mengukuhkan kebersamaan dalam kalangan rakyat dan pemimpin.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments