Thursday, 11 September, 2025
HomeUmumDAURAH HALALAN TAIYYIBAN PERKUKUH KEFAHAMAN HALAL, PERKASA TAULIAH SEMBELIHAN

DAURAH HALALAN TAIYYIBAN PERKUKUH KEFAHAMAN HALAL, PERKASA TAULIAH SEMBELIHAN

Usaha memperkukuh kefahaman halal di Perlis diteruskan menerusi penganjuran Daurah Halalan Taiyyiban: Program Kesedaran Halal dan Tauliah Sembelihan Islam Peringkat Negeri Perlis 2025 yang berlangsung di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis pada 12 Ogos 2025, hari Selasa.

Program anjuran Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta mengenai konsep Halalan Toyyiban, memperkukuh tatacara penyembelihan mengikut hukum syarak, serta memberi tauliah rasmi kepada penyembelih yang layak.

Sepanjang program, peserta diberikan taklimat berhubung prinsip Halalan Toyyiban, peranan penyembelih dalam memastikan makanan halal dan bersih, serta penjelasan terperinci mengenai syarat sah sembelihan, adab penyembelihan dan kepatuhan piawaian halal.

Sesi ini disampaikan oleh pegawai JAIPs bersama pegawai veterinar berpengalaman, diikuti ruang soal jawab untuk memperkukuh pemahaman peserta.

Bagi melengkapkan proses pentauliahan, peserta menjalani ujian bertulis, sesi temuduga, dan praktikal sembelihan yang dinilai panel bertauliah.

Hanya mereka yang benar-benar menguasai syariat dan kemahiran sembelihan diberikan tauliah rasmi.

Melalui program ini, JAIPs menegaskan komitmen untuk memastikan setiap aspek penyembelihan di Perlis terus dipelihara dengan mematuhi hukum Islam dan piawaian halal Malaysia, sekali gus menjamin keyakinan masyarakat terhadap kualiti makanan halal di negeri ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments