Tuesday, 23 September, 2025
HomeUmumMB PERLIS ZIARAH MASJID BERSEJARAH DI KUNMING, TURUT SAMPAIKAN SUMBANGAN

MB PERLIS ZIARAH MASJID BERSEJARAH DI KUNMING, TURUT SAMPAIKAN SUMBANGAN

Dalam rangka lawatan rasmi ke Kunming, YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, mengambil kesempatan menziarahi Masjid Nanchiang, salah satu masjid tertua di bandar ini, petang semalam.

Ketibaan Menteri Besar disambut oleh Imam Masjid Nanchiang, Imam Ma Yong, yang memaklumkan bahawa masjid tersebut telah berusia lebih 800 tahun dan menjadi pusat kegiatan ibadah utama masyarakat Muslim setempat.

Sempena lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan tunai bagi menyokong program pengimarahan masjid itu.

Di samping itu, pada hari sebelumnya, Selasa, dalam kesibukan jadual lawatan dan mesyuarat, Mohd Shukri turut bertandang ke Masjid Shungcheng yang terletak berhampiran hotel penginapan untuk menunaikan solat zuhur.

Delegasi tersebut turut beramah mesra dengan penduduk tempatan dan pelancong dari Terengganu yang berada di masjid tersebut.

Lawatan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan diplomatik, malah memperkukuh silaturahim dengan komuniti Muslim di Kunming.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments